7.10.10

Menunggu detik (Episod 14)

    "Puan. Bawak bertenang puan."



    "AHHHHHH, SENYAP!!!! KALAU KAU RAPAT LAGI SELANGKAH, AKU BUNUH ORANG TUA NI!! KAU DENGAR TAK!!! AKU BUNUH!!!! BACK OFF!!!!!"



    "Awak bawak bertenang. Fikir secara rasional. Masih belum terlambat untuk awak serah diri."



    "SERAH DIRI????!!! NO!! WAY!!! SEKARANG AKU NAK TURUN!!!! KALAU KAU KACAU, AKU KELAR LEHER ORANG TUA NI!!!!!


    Ehe, ehehe, saya acah je aunty, saya sayang aunty, kita turun ye aunty? Kita turun ye?



    BACK OFFF I SAID!!!!!" Rozie diheret ke koridor hospital.




    Anggota-anggota polis terpaksa menurut turutan itu, kerana mereka bimbang, wanita itu akan dicederakan'nya'. Pekerja-pekerja hospital pula mula menjauhkan diri atas arahan salah seorang anggota polis.


    "Bawak bertenang. Cuba awak fikir rasional. Awak lepaskan wanita itu, dan kita berbincang. Bawak bertenang."


    "Bawak bertenang bawak bertenang, KAU NI RADIO KE APA????!!!! AKU NAK TURUN LA!!! NAK BALIK RUMAH DENGAN MAK AKU NI HA!!!! JANGANLA KACAU!!!!!!!"



    "Nak...sejak..bila...aunty jadi...mak....kamu..nak..? Aunty..ada Badrol..sorang je nak..Le-pas...aunty nak, le-pas nak." bisik Rozie yang masih berfikir akan anaknya Badrol.



    "BADROL???? BADROL YANG MANA SATU NI MAKKKKK??? BADROL DAH MATI LAAAA!!!! SAYA NI ANAK MAK!!!"


    "Tak nak, aunty mak Badrol sorang..walaupun..walaupun..kamu dah..dah..aunty anggap macam..anak aunty..tiada siapa..dapat ganti.. ganti Bad di hati..hati aunty nak."



    Wajah Badrol bertukar kebiruan.




    Mendengar kata-kata itu. 'Dia' senyap, mata'nya' memandang kosong ke hadapan. Pisau yang dipegang jatuh ke lantai, lantas melepaskan genggaman tangannya dari lengan Rozie. Rozie terus berlari mendapatkan anaknya, sambil meraung.


    "Puan. Bawak bertenang puan." kata salah seorang anggota polis sambil mengejar mendapatkan Rozie.



    'Dia' terduduk. Memori'nya' di Rumah Anak Yatim Mak Teh terbayang kembali. Memori di mana 'dia' sering diejek oleh rakan-rakan'nya'. Dia diejek kerana dilahirkan tanpa ibu, dan tanpa bapa. Hampir setiap malam 'dia' menangis sendirian di rumah anak yatim itu. Rakan-rakan'nya' di rumah itu semua pernah berbapa ataupun beribu. Tetapi diri'nya'? Tidak pernah merasa semua itu walaupun sesaat.



    Kehadiran Doktor Mansoor sepuluh tahu dulu berjaya mengisi kekosongan itu. Asyraff merasa dirinya berbapa, buat pertama kali dalam hidupnya. Doktor Mansoor mendidik dan mengajarnya seperti anaknya sendiri. Asyraff gembira. Ke mana sahaja Doktor Mansoor pergi, pasti ada Asyraff. Sudah seperti belangkas. Sikap melentingnya juga hilang, hasil didikan Doktor Mansoor.


 
 
 
 
 
xxx

 
 
 
 
 
Ingat





    Badrol sudah ingat kesemuanya. Biarpun nafasnya dirasakan tidak mampu ditarik. Ingatannya kembali pulih. Dia ingat. Perkataan di kain rentang wanita berbaju hijau itu juga sudah jelas. Kini dia mengerti.



    Wajah wanita berbaju hijau juga sudah berubah. Sedikit demi sedikit wajahnya ditelan zaman. Namun dia masih tetap memegang kain rentang itu. Badrol sudah faham. Kemalangan yang meragut nyawa bapanya itu turut meragut memori dan kenangannya bersama maknya, Rozie.



    "Mak, kenapa semua orang panggil mak, 'Antijah' mak?"


    "Laaaa, kan nama mak Roziah, orang panggil mak 'Jah'."


    "OOOOoo, anti tu apa pulak mak?"


    "Aunty tu maksudnya 'makcik' Baddd. Kenapa Bad tanya?"


    "Ermmm, sebab Bad rasa Bad pun nak panggil mak 'Antijah'."


    "Kenapa pulak Badd? Dah tak suka panggil mak, 'mak'?"


    "Eh taklah mak. Kalau Bad gabungkan dua-dua lagi bestttt. 'Mak' campur 'Antijah'."


    "Hahahaha, macam-macam la kamu ni Bad, kamu nak panggil mak apa pulak lepas ni?"


    "Hmmmmm, Bad panggil mak, 'Maktijah', OK tak mak?"


    "Mak Tijah? Hahahaha, suka hati kamu la Baddd."



   
    Wajah wanita berbaju hijau itu sedang ditelan usia, betul-betul di hadapan wajah Badrol yang kini hanya mampu terbaring, badannya digam ke padang. Wajah Mak Tijah! Rozie! MAK!!


    Badrol menangis, tidak disangka, maknya, Rozie yang selama ini dibenci adalah insan yang paling disayang Badrol, Mak Tijah. Badrol menangis. "Ampunkan Bad mak, Bad tak tahu, Bad sayang mak, Bad tak benci mak. Bad dah sedar sekarang mak!!" itu sahaja yang mampu hati Badrol raung. Insan yang dibenci selama inilah yang menjaga Badrol. Rozie, maknya yang tercinta.



    Tiba-tiba, Rozie hilang. Hashwappe hilang. Suasana kelam. Suara para penonton juga lesap. Sunyi, sejuk, hitam. Badannya yang berat tadi terasa begitu ringan, lebih ringan dari kertas. Badannya mula terapung.



    Di hadapannya, muncul satu cahaya putih kecil yang amat terang sebesar bola keranjang. Dan Badrol rasa badannya ditiup ke arah cahaya terang amat itu. Oksigen kini dirasa kian pupus dari sekelilingnya, Badrol tidak mampu bernafas.


 
 
 
 
 
xxx






    Namun, keputusan yang diambil Doktor Mansoor tujuh tahun lalu, meragut hatinya. Dia berasakan dirinya dikhianati. Segala kepercayaan yang diberi Aysraff kepada Doktor Mansoor selama tiga tahun hancur lebur. Perasaan sayang Asyraff terhadap Doktor Mansoor kini bertukar menjadi benci.


   
    Hasrat Doktor Mansoor ingin bersara dan menghabiskan hidupnya di luar negara tidak kesampaian. Dia dibunuh Asyraff di pejabatnya sendiri. Peristiwa malam itu masih jelas di kepala Asyraff, "Kalau aku tak boleh dapat bapa macam dia, kau pun tak boleh dapat bapa macam dia," bisik Asyraff sambil memegang gambar Doktor Mansoor bersama anak perempuannya, tangannya dilumuri darah Doktor Mansoor.



    Sebagai kenangan mengingati Doktor Mansoor, dompet, jam tangan serta cincinnya diambil Asyraff dan disimpan rapi di dalam laci meja pejabatnya. Kealpaan Asyraff untuk mengunci laci itu tengahari tadi ternyata mengundang padah apabila Julia menjumpai barang milik arwah bapanya secara tidak sengaja.



    Asyraff tidak pernah menyesal membunuh Doktor Mansoor, malah dia puas, kerana anak perempuan Doktor Mansoor juga tidak berbapa sekarang, seperti dirinya. Dan dia amat yakin, hidup anak perempuan Doktor Mansoor pasti hancur sekarang, pasti merempat di tepi-tepi jalan.


 
 
 
xxx






    "Bad, sedarlah nak, mak rindu dengan Bad. Sedarlah nak, mak rindu.."


    Wajah Badrol kini sudah bertukar ungu kehitaman. Para doktor sedang berhempas pulas berusaha mengembalikan Badrol. Alat bantuan pernafasan yang dihidupkan kembali tadi tidak memberi apa-apa kesan kepada Badrol kerana Badrol boleh dikatakan sudah menghampiri maut sekarang.


    Namun, 'It's better late than never', tiga orang doktor berserta lima orang jururawat berusaha menyelamatkan Badrol biarpun mereka tahu, mereka perlu mengharapkan keajaiban. Itu sahaja yang mampu diharapkan. Segala yang termampu, diusahakan. Mereka perlu mengembalikan Badrol, dan mereka yakin Badrol mampu kembali seperti dahulu berdasarkan laporan kesihatan asal yang disorok Asyraff.



    Rozie hanya memandang dari sudut bilik. Dia sedar nyawa anaknya kini ibarat telur di hujung tanduk, hanya tunggu masa untuk jatuh dan berderai, seperti hati Rozie. Dia masih terkejut dengan tindakan Asyraff. Asyraff yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri tergamak melalukan perkara sebegitu. Setelah hampir sepuluh tahun dia menaruh harapan den sepenuh kepercayaan keada Asyraff. Ini yang dibalas. Kasih yang diberi, tahi yang dibalas Asyraff. Dia tidak menyangka.



    Setelah diperhalusi, rupanya Asyraff jugalah yang menamatkan hidup Doktor Mansoor. Terkejut campur geram hati Rozie. Namun kini, tumpuannya hanyalah kepada sekujur tubuh yang sudah hampir hitam di atas katil itu. Rozie mengesat air matanya di lengan baju hijaunya. Baju itulah yang dipakai Rozie tiap kali datang menjenguk Badrol. Baju itulah juga yang dipakai ketika mendapat panggilan telefon dari pihak polis semasa Badrol dan suaminya terlibat dalam kemalangan.



    Rozie hanya mampu berdoa.





 
xxx






    Julia lega. Dendamnya terbalas. Lelaki yang bertanggungjawab membunuh bapanya kini sudah di tangan polis. Julia menangis. Dia sedar menangis air mata darah sekalipun, bapanya tak akan hidup semula.


    Digenggam cincin milik arwah bapanya itu. Kenangan bersama arwah bapanya diimbas. Tangisannya kian berat. Teresak-esak. Doktor Mansoor adalah segalanya bagi Julia. Setelah kematian bapanya, Julia bertekad mencari insan yang bertanggungjawab. Tiada siapapun di hospital ini yang tahu Doktor Mansoor adalah bapanya. Dendam di dalam hatinya kian membara setelah mengetahui Asyraff adalah insan itu.



    Masih menggenggam cincin milik arwah Doktor Mansoor. Dia berlari menuju ke bawah, mendapatkan anggota-anggota polis yang sedang mengiringi Asyraff. Julia bagai dirasuk, dendam tujuh tahun perlu dilepaskan.




 
 
xxx







    Cahaya putih itu kini sebesar kereta kancil. Dan badan Badrol seperti terapung-apung di udara. Menghampiri cahaya terang itu. Dia kaget. Dia tahu masanya telah tiba. Akibat membenci ibu kandungnya, Rozie.


    Dia bertaubat. Tidak henti hatinya berkata "Mak, ampunkan Bad mak, Bad tak sengaja membenci mak, Bad sayang mak. Makkk. Ampunkan Bad. Bad lupa, bukan Bad sengaja. Ya Tuhan, ampunkan dosaku terhadap makku, aku bertaubat. Makkkkk, ampunkan Bad makkk, ampunkan Badd makkkkk."


    Badrol tidak mampu bergerak, seurat sendi pun Badrol tak mampu gerakkan. Wajah Mak Tijah, atau lebih tepat lagi, maknya Rozie, terbayang-bayang di kepalanya.



 
 
xxx



   
   

    "WHY DID YOU KILL MY FATHER??!! YOU BASTARD!!! WHY????!!!!!!!!!!!" jerit Julia ke arah Asyraff.


    "Your father?! Bila masa pulak aku bunuh bapak kau??" balas Asyraff yang sedang digari anggota polis.


    "Puan. Puan, ke tepi puan, biar pihak polis uruskan." kata salah seorang anggota polis sambil mengiringi Asyraff ke arah kereta polis.


    "YOU KILLED MY FATHER!!!!! YOU KILLED MY FATHER!!!!!!!!" Julia mengekori rapat Asyraff dan anggota polis itu sambil cuba menumbuk Asyraff. Tumbukan itu hanya mampu singgah di sisi rambut panjang Asyraff.


    "Hey!! Perempuan!!! Aku tak kenal pun bapak kau sapa, macam mana aku nak bunuh bapak kau?? HA?!"


    "OOHH? TAK KENAL??!!


    NI? GAMBAR NI!! YOU KILLED HIM YOU BASTARD!!! YOU KILLED MY FATHER!!!! WHY????!!!!! WHY??!!!!!" Julia menayangkan gambarnya bersama Doktor Mansoor ke arah wajah Asyraff. Muka Julia di dalam gambar itu diconteng dengan pen merah.



    Julia? Julia anak Doktor Mansoor?? Kenapa dia tidak pernah menyangka yang Julia adalah anak perempuan Doktor Mansoor? JUlia, anak Doktor Mansoor, tidak merempat di tepi jalan, malah dia bergelar ketua jururawat di sini? Kenapa? Sepatutnya dia tinggal di tepi-tepi jalan, mintak sedekah!!




    "Julia?! Tidak!! You're not his daughter!!! His daughter should be dead by now!!! Merempat, tidak berbapa!! Macam aku dulu!!!!" jerit Asyraff, tidak dapat menerima hakikat. Dia memandang, matanya terbeliak ke arah Julia sewaktu dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Celaka! Julia yang menjumpai gambar Doktor Mansoor itu, yang ditemui Asyraff di dalam dompet Doktor Mansoor tujuh tahun lepas.




    Kereta polis itu hilang dari pandangan Julia. Dan itulah kali terakhir Julia melihat Asyraff. Julia terus menangis, cincin itu digenggam dengan erat. Air matanya dibiarkan mengalir. Dia menuju ke tingkat tiga, ke bilik Badrol.


       
 
 
 
 
bersambung..

   

2 comments: