4.10.10

Menunggu detik (Episod 13)

   Syaitan





    "Hello polis, saya nak buat laporan berkenaan..."



    Kini dirinya yakin. 'Dia' lah penyebab semua. Bukti sudah di depan mata. Penemuan fius asal bilik elektrik yang masih sempurna itu. Dan resit pembelian fius yang meletup dijumpai atas nama 'dia'. Cukup untuk membuktikan 'dia' penyebab gangguan elektrik semalam. Setelah pekedai yang menjual fius itu ditelefon, dia bertambah yakin apabila pekedai itu mengesahkan 'dia' ada memesan fius itu. Fius yang sengaja diubahsuai agar ianya meletup dalam masa yang singkat. Pekedai itu juga ada mengatakan, 'dia' kelihatan sangat berang kerana pada mulanya pekedai itu tidak mahu menjual fius tersebut kerana menyalahi undang-undang. Namun, selepas 'dia' mengugut untuk membakar kedai pekedai itu, pekedai itu akur. Dan dia yakin, fius asal itulah yang cuba disorok di dalam poket'nya' semalam.



    Bukan setakat fius itu sahaja. Malah dia turut menjumpai botol berisi cecair Peptides. Cecair yang terkenal sebagai penyebab migraine. Patutlah Badrol sering mengalami migraine semenjak dua menjak ini. Tetapi dia bingung, apa salah Badrol? Sampai tergamak 'dia' melakukan perkara sedemikian? Pada mulanya, dia hairan, apa motif 'dia' mematikan elektrik hospital ini? Segalanya terjawab dengan penemuan botol ini. Dia ingin membunuh Badrol. Tapi mengapa?


    Laporan perkembangan kesihatan Badrol yang asal juga ditemui. My God! All this time, it was a lie! Laporan itu menunjukkan Badrol semakin sembuh. Peningkatan kondisinya amat memberansangkan. WHY? WHY DID YOU DO THIS TO BADROL?? Apa salah lelaki itu? Selama ini, 'dia' bagaikan syaitan bertopengkan manusia, berpura-pura di hadapan Rozie. 



    Dia hampir pitam apabila menemui sesuatu di dalam laci yang sama, yang mengimbas kembali memori dan kenangannya di hospital ini. Sesuatu yang amat dia kenal. Dia menguatkan semangat dan nekad.


    Dia nekad, mahu mengheret 'syaitan' itu ke muka pengadilan.





xxx


   

   
    Badrol berasakan masa berlalu terlalu cepat. Tempoh seminggu dirasa bagaikan lima minit. Kini dia dikelilingi penonton-penonton yang dahagakan perlawanan penuh aksi. Perasaan gemuruhnya kini semakin berkurangan, dia berasa penuh semangat, seolah-olah ini antara hidup dan mati. Dendangan lagu 'Negaraku' membakar semangatnya. Dia bertekad mahu membuktikan Rozie salah meninggalkannya dahulu. I HATE YOU ROZIE.


    Laungan 'Malaysia Boleh' manggambarkan harapan penonton kepada skuad negara dan dirnya. Kelihatan kain rentang terteta 'Bad Boleh!' di setiap penjuru stadium. Aku mesti menang!! Mesti! Barisan 'tentera' negara matahari terbit yang berpakaian serba biru itu tidak sedikit pun Badrol gentar.


    Wisel ditiup. This is it! Badrol bagaikan seladang ditusuk pedang, berlari dengan penuh semangat mengejar bola.



    Sedang asyik Badrol bertarung. Tiba-tiba muncul seorang peminat wanita di atas padang. Di tangannya sebuah kain rentang, bertulis 'EWIOS, setar yahnak nakrinwu'. Namun permainan masih diteruskan. Pengadil seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran wanita berbaju hijau itu. Wanita itu!



    Badrol rebah ke padang. Nafasnya secara tiba-tiba singkat.



xxx




    Sekumpulan pihak polis bergegas ke bilik Badrol. Diketuai oleh dia. Mereka bergegas menaiki tangga kecemasan hospital menuju ke tingkat tiga hospital. Pada waktu puncak seperti ini, lif hospital sangat sibuk termasuklah lif kecemasan yang disediakan. Turut digunapakai oleh pelawat-pelawat hospital. Dia tahu, 'dia' pasti bersama Rozie sekarang. Dan berdasarkan dari pemerhatiannya terhadap 'dia', dia tahu, 'dia' akan melakukan tindakan nekad hari ini.



    Mereka tiba di tingkat tiga.




xxx





    "Kenapa kamu tutup suis alat bantuan tu??"


    "Biarlah aunty, sekarang kita mampu hidup bahagia aunty."


    "Apa yang kamu merepek ni??? Bukak balik suis tu!"


    "Aunty dah tak perlukan Bad aunty, aunty dah ada saya. Saya jauh lebih baik dari Bad aunty. I can be better, and I am better than him aunty!"



    "Ya Tuhan, bawak mengucap nak! Apa yang dah jadi dengan kamu ni??"


    "Saya pun dah anggap aunty macam mak saya sendiri. Saya boleh ganti tempat Bad dalam hidup aunty."


    "Bawak mengucap nakkk!!! Bukak balik suis tu aunty kata!!" Rozie berlari menuju ke alat bantuan pernafasan Badrol, namun dihalang 'dia'. "TEPI!


    AUNTY!! BIAR BADROL MATI!! SAYA TAK MAHU BERKONGSI KASIH DENGAN BADROL!! SAYA NAK JADI ANAK AUNTY SORANG!!! AUNTY DENGAR TAK!!!! SAYA NAK JADI ANAK AUNTY!!!!!" muka 'dia' merah, berang.



    Pekerja-pekerja hospital yang terdengar teriakan 'dia' meluru ke bilik Badrol, tertanya-tanya apa yang berlaku. Apabila pintu bilik Badrol dibuka, mereka kaget, terkejut.



    "KAMU SEMUA JANGAN MASUK CAMPUR!!!!! THIS IS MY BUSINESS!!!!" jerit 'dia' ke arah mereka sambil memegang keras tangan Rozie. Dicapai pisau pemotong buah yang terletak di atas meja bersebelahan katil Badrol, dan diacukan ke leher Rozie. 'Dia' sudah kelihatan seperti hantu, dengan rambut'nya' yang panjang dan kusut itu.


    "JANGAN DEKAT, AKU BUNUH ORANG TUA NI!


    aunty, jangan risau, saya takkan apa-apakan aunty, i love you aunty. Aunty jangan risau, I'll kill them all if needed. Kita turun bawah ye aunty." Bisik 'dia' ke telinga Rozie.


    "Sa-kit nak!! Kenapa dengan kamu ni??!!! Ingat Tuhan nak!!! Bukak balik suis tu!!!!" raung Rozie, tangannya terasa bagai dihempap konkrit diperlakukan sedemikian.


    "JANGAN DEKAT!!! AKU BUNUH ORANG TUA NI!"


    Wajah Badrol mulai pucat.




xxx





    "...NUH ORANG TUA NI!" kata-kata yang didengari itu cukup untuk membuatkan darahnya menyirap. Dia tahu, 'dia' sudah tidak mampu dikawal lagi. Dia panik.


   
    Anggota-anggota polis terus meluru ke arah teriakan itu.



    Sebaik tiba, mereka lihat 'dia' sedang mengacukan pisau ke arah leher seorang wanita berpakaian hijau di hadapan sebuah bilik pesakit. 'Dia' kelihatan agresif, muka'nya' merah, biji mata'nya' terbeliak, seolah-olah mahu keluar dari soket mata'nya', rambut'nya' menyembunyikan sedikit raut wajah'nya'. Wanita itu pula meronta-ronta minta dilepaskan sambil meraung "BUKA BALIK SUIS TU!"


    Pistol mereka dikeluarkan, diacu kearah'nya'.


   
    "Puan, puan bawak bertenang." kata salah seorang anggota polis.



    Wajah Badrol mulai putih.




xxx






    Suasana stadium bertambah gamat. Riuh.


   
    Badrol masih terbaring di atas padang. Kian lama nafasnya kian singkat dan berat. Wanita berbaju hijau itu masih di situ, masih memegang kain rentang 'EWIOS, setar lahnak makrinwu', wajah wanita itu seperti ketakutan dan kesakitan. Sementara mata wanita itu tepat ke arah Badrol. Kini, muncul Hashwappe di belakang wanita berbaju hijau itu. Tertera senyuman di wajah senyuman di wajah Haswappe, seolah-olah puas.




    Badrol cuba bangun, namun badannya dirasakan tidak seimbang. Dia tidak mampu berdiri. Kepalanya teramat berat dirasakan.


    Dengan segala kudrat, Badrol berdiri. Namun, Badrol terkejut. Tergamam.


    Kaki kirinya tiada. Badrol rebah semula ke padang. Badrol tidak mengerti, apa yang sedang berlaku??? Ke mana kaki kirinya yang sebentar tadi elok melekat di tubuhnya??



    Pandangannya kian kabur. Suasana stadium makin gamat. Terlalu gamat.


    Wanita itu kini betul-betul di hadapannya. Wajahnya ketakutan. Hashwappe melangkah perlahan menuju ke arah wanita itu. Muka Hashwappe bertukar berang, mukanya merah, rambutnya tiba-tiba bertukar panjang dan kusut.


    Seakan-akan disambar kilat, kini Badrol ingat! Tulisan di kain rentang itu juga sudah jelas.


xxx





 Hijau





    "..ya..Tuh..Bad..apa..da..jadi..kamu..Bad..?" samar kelihatan maknya berlari-lari anak di sisinya.


    "..pua..uan..puan..baw..bertena.."


    "MACAM..ANA..SAY..NAK..ERTENANG..TOR..NAK..SAY..DAH..CAM..NI?!" wajah mak kesayangannya kelihatan sayu. Barbaju hijau.



    "..puan..angan..risau..saya..dan..dokto..ansoor..akan..pasti..anak..puan..lamat..


    ..saya..oktor..Hashwappe....."


    "Mak." itu sahaja yang mampu diucap Badrol, sambil menahan pedih kesakitan di seluruh badannya. Dia merasakan badannya dilumuri air, basah. Merah.



    Dia tidak dapat merasa kaki kirinya. Dicapai kaki kirinya, tiada! Pandangannya gelap, dan Badrol tidak ingat apa-apa lagi bermula dari saat itu.






bersambung..

No comments:

Post a Comment