Dia pasti, itu perkataan yang cuba diungkap Badrol. Mulut Badrol tampak bergerak, walaupun tiada suara yang keluar, dia pasti, itu yang cuba diungkapkan anak kesayangannya itu. Ungkapan yang telah lebih hampir sepuluh tahun hilang dari hidupnya. Dia meluru bagai orang gila ke arah katil Badrol.
Julia yang baru tiba di pintu biik Badrol sempat memeluk Rozie dan menenangkannya, memujuk Rozie agar tidak diganggu mereka yang sedang berusaha mengembalikan Badrol. Wajah Badrol kini hampir hitam sepenuhnya. Hanya mulutnya kelihatan bergerak, itupun amat perlahan pergerakannya.
Rozie dibawa Julia untuk duduk di kerusi luar bilik Badrol. Dia cuba menenangkan Rozie, memujuknya, mengusap belakang Rozie. Dia faham perasaan Rozie, perasaan kehilangan orang yang tersayang. Walaupun Badrol belum sepenuhnya 'hilang' dari Rozie, namun ianya hampir pasti, hanya keajaiban yang mampu menolong Badrol.
Rozie merasakan hidupnya sudah tidak berguna lagi tanpa Badrol. Baik mati sahaja, dia tidak mampu manjalani kehidupan seharian tanpa Badrol. Sudahlah suaminya juga sudah lama meninggalkannya.
xxx
Tenggelam
Badrol pasti, dunia koma yang selama ini disangka realiti bakal berakhir, cuma apa yang Badrol tidak pasti adalah, adakah dia bakal melihat raut wajah bondanya atau pun terus tenggelam......Dia tidak pernah bangun dari koma sepuluh tahun lepas, ini hanya mainan dunia komanya.
"Bad rindu mak jugak, makkkkkkkkk, makkkkkkkkkkk, ampunkan Bad mak, mak berdosa membenci makkkk, makkkkkkkk, ampunkan Bad makkkkkkkkkkkkkkkkk...."
Ayat itu muncul lagi di hadapan Badrol. "EWIOS, setar lahnak makrinwu." Menghalangnya dari terus merempuh cahaya putih terang itu. Cahaya itu kini sebesar rumah. Dia mencuba sedaya-upaya untuk bergerak, mengelak dari disedut cahaya itu, namun badannya kini lumpuh.
Ayat itu pula, tiba-tiba bergoncang dengan kuat, bergerak dengan kencang. Huruh-huruf ayat itu bertukar, menjadikan mesej yang ingin disampaikan kini jelas. "WOSIE, sedarlah nak mak rindu." Wosie. Rozie.
"Makkkkk, Baddd rindu maakkkk jugakkk, makkkk ampunkan Bad makkkkkk, Bad berdosa makkkkkkk, ampunkan Baddddd makkkkk..."
xxx
"Puan, kami rasa puan patut masuk ke bilik Badrol." panggil salah seorang jururawat dari pintu bilik Badrol.
Rozie bangun sambil dipapah Julia. Kaki Rozie terasa berat, setiap langkah dirasa bagai melangkah di dalam air. Badrol sudah hitam, seperti arang. Doktor-doktor dan jururawat-jururawat di dalam bilik itu kelihatan bersahaja, seperti sudah putus asa. Mata mereka memandang wajah Rozie, sayu. Rozie tahu, masanya sudah tiba. Rozie cuba menguatkan semangat. Dipegang erat tangan Julia yang memapahnya.
"Puan, kami rasa Badrol ada sesuatu ingin dikatakan kepada puan."
Rozie duduk di sisi Badrol. Membelai kepala anak emasnya. Matanya tertutup rapat, sama seperti sepanjang sepuluh tahun dahulu. Mulut Badrol bergerak, seperti ingin mengucapkan sesuatu. Suara yang keluar amat lemah, begitu perlahan. Rozie mendekatkan telinganya ke arah mulut Badrol, masih lagi menangis, wajah Rozie pucat.
"....emmmmmmm......mmmmaaaakkkkkk.....eeBBBBaddddd.....innnnnnnduuuuuuuu....hemmmmmm....makkkkk.....ugggg.....akkkkkk....."
Menitis laju air mata Rozie, tidak dapat ditahan, dia sebak, menangis teresak-esak, pandangan Rozie kabur dek air mata yang keluar. Di sebalik kesedihannya itu, dia puas, dia bersyukur dapat mendengar perkataan itu keluar dari mulut Badrol. 'Mak'. Rozie tidak mampu berkata apa-apa. Mak rindu Bad, sedarlah nak, mak rindu. Itu sahaja yang mampu dibisik hati Rozie kepada anaknya.
Mulut Badrol masih bergerak, seperti ada sesuatu yang ingin diucap lagi.
".....ugggggg.....akkkkkkkk....emmmmm.....mmmmakkkkkkk......punkannnnnnnnn......eBBBBBBBaddddd.....emmmmmmm......mmmmmakkkkk.....
.....eDDDDDokkkktoorrrr.....eHHHHHashhhhwapppeee.....ejjjjjahaat......"
Tangisan Rozie kian parah. Naumu dikuatkan semangatnya, dijauhkan telinganya dari mulut Badrol, kemudian berbisik seusatu kepada Badrol.
"Badddd.....Badddd tak salah dengan makkkk.....mak ampunkan segala dosa Bad dengan mak. Mak sayang Bad, mak rindu Bad. Mak dah tahu Doktor Asyraff jahat, dah kena tangkap dah Badddd.....Badddd, mak ampunkan Baddd...biarpun mak rindu sangat-sangat nak tengok Bad bangun, tapi kalau sudah tiba masa Bad, mak redha Bad....mak redh...."
Tak mampu ayat itu disudahkan Rozie, dia meraung, menangis. Julia tidak henti-henti mengusap belakang Rozie, cuba menenangkan wanita itu. Air mata juga bergenang di mata Julia. "Sabar ye aunty.."
Tiba-tiba, badan Badrol tersentak, menggigil, bergetar. Bagai terkena renjatan elektrik. Para doktor mengarahkan Julia membawa Rozie ke luar. Rozie sudah tidak mampu melawan, diikut sahaja urutan Julia, melangkah keluar. Dia tahu, sudah terlambat.
xxx
Badrol kini kian menghampiri cahaya putih terang itu. Hanya ayat 'WOSIE, sedarlah nak, mak rindu' menghalangnya dari disedut masuk. Perasaan takut Badrol kini bertukar gembira. Seolah-olah ingin pulang ke tempat asalnya. Wajah Rozie yang tersenyum juga semakin jelas di hadapannya.
Ayat itu hilang dari pandangan Badrol. Kini tiada penghalang antara Badrol dengan cahaya putih terang itu. Dia semakin gembira. Hampir teruja. Inilah tempatnya, tempat asalnya. "Abah!"
Muncul bapanya di sebalik cahaya putih itu. Senyum kepadanya. Menghulurkan tangan ke arahnya. Mengajaknya turut serta ke tempat asal mereka. Badrol membalas senyuman bapanya. Tangan bapanya disambut. Kini cahaya itu sudah tidak lagi menyedut Badrol. Kini dia mampu bergerak sendiri. Sebelah kakinya dilangkah masuk ke dalam cahaya putih itu.
xxx
Rontaan tubuh Badrol kini sudah berhenti, nadi jantungnya juga kian lemah. Rozie hanya mampu memandang dari pintu bilik. Tangisannya sudah reda. Julia masih memegang bahu dan tangan Rozie. Rozie tahu, Badrol akan menyertai arwah bapanya itu. Seketika nanti. Rozie redha. Sudah putus harapan. Dia bakal sebatang kara.
Para doktor masih bertungkus-lumus. Tiada erti putus-asa dalam kamus hidup mereka. Sudah banyak keajaiban yang mereka lihat dalam hidup mereka. Mereka masih berharap akan keajaiban muncul. Badrol seorang yang kuat! Mareka tahu Badrol mampu.
Rozie melabuhkan kepalanya di atas bahu Julia. Julia memeluknya, seerat mungkin. Terasa bahang, bahang kasih seorang ibu.
xxx
Badrol gembira. Kakinya sebelah sudah berada di sebalik cahaya terang itu. Tangannya memegang erat tangan bapanya. "Jom nak...ikut abah...."
Badrol senyum...dia menoleh ke belakang. Di satu sudut, kelihatan Rozie, berpakaian serba hijau, wajah Rozie tampak sedih.
"Mak, jangan sedih mak, Bad nak ikut abah ni, mak."
"SEDARLAH NAK, MAK RINDU."
"Bad pun rindu mak jugak. Bad pergi sekejap je mak, nanti Bad pulang OK?"
"SEDARLAH NAK, MAK RINDU."
"Ye mak, Bad rindu jugaaaaak. Nanti Bad balik lah mak."
"SEDARLAH NAK, M.."
Tidak semena-mena, cahaya terang itu hilang. Bapanya juga lesap dari pandangannya. Kini dia keseorangan. Di alam serba hijau. Dipenuhi pepohon bonsai sebesar gajah. Haruman yang segar dapat dihidu Badrol. Suasana sungguh aman. Muncul lagi di satu sudut, ibunya, Rozie. Melambai ke arahnya, tersenyum lebar "Mak!"
Dia cuba melompat ke arah Rozie dengan satu kaki kanannya itu. Sangat berat, dia tahu, dia perlu sampai ke sana, ke arah Rozie. Rozie masih melambai ke arahnya, masih tersenyum, namun semakin berjauhan dengan diri Badrol. "Mak, tunggu kejap mak, kejap la mak!"
"SEDARLAH NAK, MAK RINDU."
Tiba-tiba, angin kuat melanda. Dedaun pepohon bonsai itu melambai dengan kuat. Satu persatu pohon bonsai itu tercabut dan hilang dibawa angin. Badrol masih cuba mendapatkan Rozie yang kelihatan tidak terjejas dengan angin kuat itu. Tangan Rozie masih melambai ke arah Badrol. Angin yang kuat itu menghalang Badrol melompat ke arah Rozie. Kini, kesemua pepohon bonsai itu hilang. Dunianya juga sudah tidak lagi hijau, bertukar suram, kelabu.
Dalam masa beberapa saat, dunianya gelap gelita. tetapi Rozie masih di hadapannya, jauh di hadapannya, melambai ke arah Badrol. Angin kencang sudah tiada. Sepi, sunyi, gelap.
"SEDARLAH NAK, MAK RINDU."
xxx
Rozie yang sudah putus harapan melangkah duduk di luar bersama Julia. Dia redha. Tetapi dia tak mampu melihat anaknya menghembuskan nafas terakhirnya di depan matanya sendiri.
"Aunty, jangan putus harapan. Saya percaya Badrol mampu pulih." pujuk Julia, setelah melihat Rozie seakan-akan sudah hilang semangat.
xxx
Dunia Badrol kini gelap sepenunya. Rozie kini sangat jauh. Setiap kali Badrol melompat untuk mendapatkan ibunya itu, semakin jauh Rozie pergi. Sekarang, Rozie seperti satu titik kecil bagi Badrol.
Badrol penat, namun dia tahu dia perlu bertarung untuk mendapatkan Rozie. Perlu! Lompatannya dikuatkan. Badrol berpeluh.
"SEDARLAH NAK, MAK RINDU."
Tiba-tiba dia terjerumus ke dalam suatu cahaya putih yang terang. Cahaya tadi. Badrol berusaha untuk keluar. Segala kudratnya dikerah untuk melepaskan diri kengkangan cahaya itu. "Makkkkkk, tolong Baddddd makkkkkk, tolong Badddd makkkkkkk, tolong Baddddd maakkkkkkkkk, tolong makkkkkkkk....."
Namun laungan itu tidak berjawab. Rozie juga sudah hilang dari pandangan Badrol. Dia tenggelam perlahan-lahan. Tenggelam sepenuhnya ke dalam cahaya putih itu. Bersama harapan Rozie untuk melihat anaknya itu sedar dari sepuluh tahun koma. Dunia koma Badrol berakhir.
xxxxxxxxxx
"Mak, mak buat apa tu?"
"EH! Mak tak buat apapun, tengok-tengok pokok bonsai ni je." sapaan itu menyedarkan Rozie dari lamunannya, dikesat matanya yang bergenang.
"Pokok bonsai? Sudahlah tu mak, jangan dikenang lagi. Esok saya janji, kita pergi ziarah kubur Bad ye mak?"
"Mak rindu sangat dengan Bad, Julia, dah dekat dua tahun Bad meninggal, namun mak masih rindu dengan Bad." rintih Rozie kepada Julia, anak angkat yang menjaganya kini.
"Takpelah mak, esok kita pergi ziarah Bad ye mak, dah jangan sedih-sedih. Jom makan mak, Julia dah masak ni. Jom mak."
Julia menarik lembut tangan Rozie ke arah meja makan.
xxx
Asyraff kelihatan tidak terurus, rambutnya kini mencecah pinggul, janggutnya panjang.Sudah hampir dua tahun dia di sini. Dan kini ajalnya dipisahkan oleh tali gantung di hadapannya. Doa dibaca. Asyraff tidak gentar. Dia puas.
Tamat
No comments:
Post a Comment