xxx
Latihan
Sudah hampir seminggu Badrol menjalani sesi latihan bersama rakan-rakannya di Shah Alam. Perlawanan menentang Jepun semakin hampir, tinggal seminggu lagi. Namun fokusnya terganggu. Setiap malam dia mendapat mimpi yang sama. Doktor Hashwappe dan wanita berbaju hijau itu. Namun Badrol syukur, kepalanya masih lagi sakit. Dia tidak berani untuk menyuarakan tentang masalah kesihatannya itu kepada jurulatih skuad Malaysia, Badrol takut dia digugurkan dari skuad. Jurulatih Malaysia itu sangat mementingkan aspek kesihatan para pemainnya.
Dialah sandaran negara, harapan untuk membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia tahun hadapan. SuperBad. Dia mahu membuktikan kepada Rozie, yang dia salah meninggalkan Badrol, Rozie yang dibenci sepenuh hati oleh Badrol.
xxx
Aku yakin, ada sesuatu yang tidak kena. Perangai pelik yang ditunjukkan'nya', serta gangguan elektrik tempoh hari pasti ada kaitan. Dan objek yang disorokkan di dalam poket'nya' itu menimbulkan lagi curiga. Sebelum ni, perangai'nya' tidak pelik, namun sekarang..?
Kemana 'dia' pergi sewaktu aku nampak 'dia' sebelum gangguan itu berlaku? Kedai makan ni tutup semalam. Nak kata pergi toilet, dekat tingkat atas pun ada. Something's fishy.
"Selamat pagi nak, nak sihat?" tegur Pak Suki.
"Saya sihat Pak Suki..Pak Suki sihat?"
"Sihat nak..boleh Pak Suki duduk makan sebelah kamu?" hampir penuh pinggan Pak Suki dengan nasi dan ulam-ulaman.
"Boleh Pak Suki, duduklah.
Eh, selalu Pak Suki keluar makan dengan anak-anak buah Pak Suki, mana diorang?"
"Ye lah nak, semenjak peristiwa semalam, Pak Suki dah arahkan diorang tak keluar makan serentak. Lebih kurang macam syif la, taknak bagi post pengawal tu kosong. Lagipun Pak Suki dah tempatkan dua orang jaga bilik elektrik tu haa.."
"Bilik elektrik? Kenapa nak dijaga pulak bilik tu Pak Suki?"
"Bukan sebab apapun, Pak Suki rasa pintu bilik elektrik tu macam kena pecah semalam. Itu yang takdak elektrik tu. Ini mesti kerja budak-budak yang melepak kat tepi hospital tu. Lagipun CCTV bilik tu dah kena tukar baru, lusa baru syarikat datang repair."
Kena pecah? Eh, entah-entah kerja 'dia'.
"Eh, kenapa nak tukar pulak CCTV tu?"
"CCTV tu rosak! Yang Pak Suki pelik, dia rosak elok-elok je sebelum gangguan tu berlaku. Bila Pak Suki check semalam, wayar CCTV tu kena potong! Sapalah yang tak bertanggungjawab tergamak buat macam tu." berselera sungguh Pak Suki makan, aku pulak yang jadi lapar tengok dia makan.
"Betul ke Pak Suki? Hmm...kalau Pak Suki tak keberatan, saya nak pergi tengok kejap bilik elektrik tu boleh Pak Suki?"
"Apa pulak tak bolehnya, kejap lagi Pak Suki bawak kamu. Eh, kamu ni tak makan ke nak?"
"Takpelah Pak Suki, saya tak lapar, Pak Suki makanlah."
xxx
Betul kata Pak Suki, pintu bilik elektrik tu macam kena pecah, ada kesan kopekan kecil. Wayar CCTV tu pun dipotong. Siapala punya idea yang letak CCTV ni betul-betul atas pintu masuk ni? Bijak jugak 'dia' sebab potong dulu wayar tu sebelum masuk. Kalau ikut cakap Pak Suki, fius salah satu kotak elektrik tu meletup. Pelik. Bukan ke TNB baru datang minggu lepas? Macam mana boleh meletup pulak?
Hmmm..fius itu la kot yang digantikan, nampak baru je. Well, other than that, everything seems normal. Aku yakin, ini kerja 'dia'. Tapi aku perlukan bukti yang lebih kukuh. Kenapa 'dia' buat macam ni? Apa motif 'dia'?
"Pak Suki ada simpan fius yang meletup tu?"
"Ada rasanya dalam pondok pengawal tu. Kamu nak buat apa nak dengan fius tu? Bukannya boleh pakai dah pun."
"Saya nak tengok fius tu boleh?"
"Boleh nak, jom ikut Pak Suki."
xxx
Rozie sudah kehabisan idea. Hampir semua kenangannya bersama Badrol sudah diceritakan. Namun Badrol masih terlantar. Jawapan yang diterima tetap sama 'Tiada kemajuan'. Rozie sudah berserah, apa jua yang jadi dengan Badrol, dia redha. Dia sudah putus harapan. Berita gembira yang disampaikan Asyraff tempoh hari sedikit menceriakan hati Rozie. Pihak pengurusan hospital bersetuju melanjutkan lagi dua minggu tempoh Badrol di hospital itu. Kini, dia meletakkan harapannya ke atas Asyraff untuk menyembuhkan Badrol.
Medal emas di sisi katil Asyraff digilap lagi, membuang habuk yang singgah di situ. Rozie menatap muka Badrol, sambil hatinya berdoa agar Badrol sedar. Minggu depan, genap sepuluh tahun Barol terbaring di situ. Bilik ini sudah menjadi rumah kedua Rozie, saban hari dia datang menjenguk anak kesayangannya itu, dengan harapan Badrol kembali seperti dulu.
Rozie bangun dan menuju ke tandas, dengan gelas kosong di tangannya. Diisi gelas itu separuh penuh dan disiram pokok bonsai kecil yang diletakkan di atas meja betul-betul berhadapan katil Badrol. Rozie sendiri bertegas mahu pokok bonsai itu dijaga sendiri. Walaupun kecil, namun pokok itu kelihatan sangat cantik. Pokok itu begitu bermakna bagi Rozie. Pokok itulah yang dijaga Badrol sewaktu dia kecil.
"Mak, kenapa mak suka pokok bonsai?"
"Mak suka sebab pokok bonsai cantik Bad."
"Cantik, macam mak."
"Anak mak pun cantik jugak."
"Makkkk, lelaki tak boleh cantiklah!! Cikgu ajar, lelaki 'kacak'!
Mak, kenapa pokok yang ini kecik? Tak macam pokok lain yang mak jual?"
"Pokok ni memang kecik Bad, mak jual untuk orang yang nak tanam dalam rumah."
"OOOoooo. Kalau Bad nak tanam dalam rumah jugak boleh tak mak?"
"Boleh Badddd, nah, Bad ambik yang ni, simpan dalam bilik Bad. Ingat tau, hari-hari kena siram."
"Yeayyy!! Saaaayang mak!!!"
Perniagaan pokok bonsai Rozie sekarang sudah maju. Dikenali di pelusuk negara. Bahkan ada yang sanggup datang dari Singapura semata-mata untuk membeli darinya. Untung yang masuk mencecah ribuan ringgit sebulan.
Rozie bangga dengan perniagaannya. Syarikat 'Aunty Jah' sudah mempunyai enam francais di Malaysia. Sedang Rozie sibuk membuang semut-semut yang bertandang ke pokok bonsai anaknya itu, matanya terpandang sesuatu. Objek berwarna hitam, di sebalik meja.
Dicapai objek itu. Alat perakam suara. Dengan pita kasetnya sedang merakam. "Eh, siapa punya pulak ni? Macam mana boleh ada kat sini?"
"Aunty, aunty apa khabar?" sapa satu suara dari belakang Rozie.
"OPOCOT AUNTY!! EH AUNTY!! AKU SIHAT!! KAU SIHAT!! EH KAU SIHAT!!" latah Rozie terkejut beruk.
"Kamu ni, janganla buat aunty terkejut, haishh. Aunty sihat, kamu sihat?"
"Maaf aunty, tak sengaja nak kejutkan aunty. Apa tu aunty?"
"Ni ha, aunty jumpa perakam suara ni belakang meja, kamu tahu siapa punya?"
'Dia' melemparkan senyuman kepada Rozie, "Tahu aunty." 'Dia' menutup pintu bilik Badrol dan menuju ke arah alat bantuan pernafasan Badrol. Rambutnya yang panjang tidak diikat, dilepas ke depan.
bersambung..
No comments:
Post a Comment