Pengenalan.
"Aunty bawak bersabarlah. Dengan keadaan Badrol begini, aunty hanya mampu berdoa." Itu sajalah ungkapan yang berani diluahkan Julia hampir setiap hari. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
"Julia, kamu boleh pulang. I can do the rest," kata Asyraff.
"Baiklah doktor."
"Maaflah aunty, tadi saya sibuk sedikit, hari ni banyak pesakit." kata Asyraff sambil memeriksa nadi jantung Badrol.
"Tak apalah Asyraff, aunty faham.." kata Rozie "..jadi bagaimana keadaan Bad hari ni Asyraff?"
Seperti tidak mengendahkan soalan Rozie, Asyraff terus memeriksa keadaan Badrol. Rozie sudah faham benar akan perangai Asyraff, kerja harus disudahkan dahulu. Lagipun sudah hampir sepuluh tahun Asyraff menjaga dan memantau keadaan Badrol, anak tunggal kesayangannya itu. Jika dulu dia aktif, cergas dan ceria, sekarang hanya mampu terbaring, bertarung melawan ajal.
Asyraff, awal 30-an, bermula hanya sebagai doktor pelatih di hospital ini. Dan tugasan pertamanya ialah membantu Doktor Mansoor merawat seorang kanak-kanak yang kemalangan jalan raya. Kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang sangat teruk, ditambah pula dengan pendarahan serius di otaknya. Pembedahan ke atasnya berjaya dilakukan dengan kepakaran Doktor Mansoor, namun tidak semua seperti yang dirancang. Badrol tenggelam ke dunia koma. Dan perlu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Kini, sepuluh tahun sudah berlalu. Badrol hanya menunjukkan sedikit kemajuan, tetapi Rozie tetap berkeras mahu rawatan terus dijalankan ke atas anaknya. Rozie sudah menganggap Asyraff seperti anak keduanya. Dia kagum dengan sikap profesional dan tidak tergopoh-gapah yang ditunjukkan Asyraff. Baginya, itu mungkin berkat tunjuk ajar Mansoor, sifu Asyraff dulu. Walaupun sudah lebih tujuh tahun Mansoor menghembuskan nafas terakhirnya, nama Mansoor akan diingat Rozie sampai mati. Jika tidak kerana tragedi berdarah itu, usia Mansoor sebaya dengan Rozie sekarang.
"Hurmm..saya nak tipu aunty pun tak guna. Dah lama kita kenal, aunty dah saya anggap macam mak saya sendiri, Bad dah macam adik saya sendiri. Keadaan Bad hari ni..tiada perubahan, maaf aunty." kata Asyraff sambil mengusap bahu Rozie.
"Takpalah Asyraff, aunty redha saja sekarang," manik-manik halus menitis di pipi Rozie.
"Aunty bawak bersabar ye aunty. Saya janji, saya akan lakukan apa saja untuk Bad."
x x x
Rehat
Suasana Stadium Utama Kangar hingar. Penonton bagai dirasuk hantu, malah ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.
Ayam tambatan Perlis, Badrol, dengan tenang meletakkan bola di atas padang. Wisel pengadil ditiup.
"GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!" Bertambah gamat suasana di Stadium Utama. Sekali lagi, Badrol meletakkan Perlis di hadapan. Pemain-pemain Selangor tampak kecewa, terutamanya pemain pertahanan mereka, Rizal kerana menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti. Segala penat lelah mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-67 sekarang hanya sia-sia kerana permainan hanya berbaki seminit.
bersambung..
cepat2 laa wt sambungannya.. xsbaq nk tunggu nie..
ReplyDelete@ Encik Well : hah. esok aku post
ReplyDelete