14.9.10

Menunggu detik (Episod 4)

    Badrol tersentak dari tidurnya. Sakitnya bukan kepalang. Bagai dihentak-hentak tukul besi.


    "MAK TIJAH!!! MAK TIJAH!!!!!!!"


    Sambil membetulkan anak tudungnya, Mak Tijah bergegas ke bilik Badrol. Terkejut Mak Tijah apabila melihat Badrol berguling-guling di atas katil sambil memegang kepalanya.

    "Ya Tuhan Bad, kena apa dengan kamu ni Bad!!??"


    "AAMMMMBBBBB.....BBUUUUU....LANNNNN...."


    "Ambulans? Kejap Mak Tijah turun telefon ambulans."


    Elok sahaja Mak Tijah ingin mendail nombor telefon hospital, Badrol turun. Mukanya pucat, rambutnya yang panjang tampak kusut.



    "Mak Tijah, tak payahlah telefon ambulans tu. Saya dah OK ni."


    "HA? Pulak dah. Kamu ni, apa salahnya pergi hospital, tak baik kamu tangguh. Dah berapa kali dah kamu macam ni?!"


    "Takpalah Mak Tijah, sakit kepala biasa je ni."


    "Kamu pergi jumpa doktor. Kalau kamu tangguh lagi, Mak Tijah telefon ambulans datang ambek kamu, dengan bomba-bomba sekali Mak Tijah telefon, degil sangat!"



    "Haha, iye Mak Tijah, Bad pergi jumpa doktor, dah, mak Tijah jangan risau, Mak Tijah pergi sambung tidur."


    "Tidur apanya, dah pukul lima setengah pagi ni, Mak Tijah nak bersiap-siap pergi pasar."


    "Awalnya Mak Tijah pergi pasar, nak saya hantar ke?"


    "Pergi awal, dapat ikan sayur segar, untuk kamu jugak. Pasar kan depan tu je, Mak Tijah boleh jalan sendiri. Kamu tu, duduk di rumah, rehat, kejap lagi pergi jumpa doktor."


    "Baiklah Mak Tijah, hati-hati ye, Mak Tijah jangan mengorat pulak pakcik-pakcik yang jual sayur tu, hahaha."


    "Kamu ni Bad, pagi-pagi dah mengarut, dah, Mak Tijah nak pergi mandi."





x x x



Kemajuan




    "Aunty tahu kan, kalau dua minggu lagi keadaan Bad tak menunjukkan kemajuan, saya dah tak boleh buat apa-apa lagi."


    Rozie sekadar menganggukkan kepalanya sambil memandang ke langit.


    "Tak boleh ke Asyraff mintak tangguh lagi dengan pihak hospital?"


    "Pagi tadi baru saya bercakap dengan pengarah hospital. Pihak hospital cakap, keadaan Bad sudah terlambat. Masuk ini pun dah dua kali pihak pengurusan tangguh. Saya kalau boleh, saya nak rawat Bad sampai dia sedar, saya yakin Bad kuat, dia boleh sembuh macam dulu balik, tapi apakan daya aunty, keputusan bukan di tangan saya."


    "Habis tu, kalau hospital dah taknak terima Bad lagi, macam mana aunty nak buat?? Ini sajalah satu-satunya hospital kat Malaysia yang mampu rawat Bad. Kalau nak pergi hospital oversea, aunty tak mampu Asyraff. Aunty teringin sangat nak dengar Bad cakap 'Mak',dah hampir sepuluh tahun aunty tak dengar.


    Aunty tak mampu nak tengok Bad pergi, Aunty dah takdak sapa-sa...." Rozie sebak dan menangis di atas kerusi di taman hospital itu. Tidak mampu Rozie bayangkan kalau dia kehilangan Badrol, satu-satunya anak hasil perkahwinannya dengan arwah suaminya.

   
    "Saya janji dengan makcik, saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan esok dan berbincang dengan mereka. Makcik jangan risau."


    Telefon bimbit Asyraff berbunyi. Nombor yang tertera, 'Julia'.


    "Ya Julia, ada apa?"


    "Doktor, datang cepat ke bilik Badrol, I think it's happening again."

   
    "Right away."


    Badan Badrol meronta-ronta. Seperti orang histeria. Empat orang pembantu kesihatan terpaksa memegangnya, mengelakkan Badrol terjatuh dari katil. Julia nampak panik. Asyraff yang baru tiba, sebaliknya nampak tenang. Rozie yang tidak sanggup meihat keadaan Badrol keluar semula dan menunggu di koridor sambil hatinya tidak henti-henti berdoa agar nyawa anaknya dipanjangkan.


    Anak mata Badrol diperiksa, degupan jantungnya diperiksa, tekanan darahnya diperiksa. Yes, it's happening again, bisik hati Asyraff.


    "Julia, you're right, just give him what we gave him the other day."

   
    "Yes, doctor."


    Asyraff melangkah keluar untuk bertemu Rozie. Setelah disuntik, badan Badrol kembali tenang, terbaring di atas katil. Julia membetulkan cadar yang tercabut dari katil Badrol, meletakkan kembali bantal yang tercampak ke lantai di bawah kepala Badrol.


    "Poor guy."



bersambung..

No comments:

Post a Comment