19.9.10

Menunggu detik (Episod 7)

    "Julia, where's aunty Rozie? Dia tak datang ke hari ni?"


    "Entahlah doktor, selalunya waktu-waktu begini dia dah sampai. Pelik jugak saya, tak pernah-pernah dia miss waktu melawat Badrol. Mungkin Puan Rozie sibuk hari ni."




    Asyraff kembali ke pejabatnya, membuka laci, menatap lagi gambar Rozie. Kemudian, gambar itu diletakkan kembali dengan cermat. Laci dikunci.


xxx




    Kenapa la nak disimpan lagi kat sini si Bad ni. Dah macam mayat hidup. Baik bunuh je. Haih, tak paham betul aku dengan orang tua tu Rozie tu. Rambutnya yang panjang diikat dengan rapi.


xxx





    "Encik Badrol, apa yang saya boleh bantu encik?"


    "Saya sakit kepala la cik. Dah banyak kali la jugak."


    "Okey, kalau macam tu, encik tunggu sini. Sekejap lagi Doktor Hashwappe akan periksa encik."

   

    Pembantu klinik itu pun keluar. Apa peliknya nama doktor tu? Hashwappe?? Orang Pakistan kot. Bisik hati Badrol.


   
    Badrol tidak suka datang ke klinik. Malah Badrol amat benci datang ke klinik. Bau di klinik sangat busuk, menurut Badrol. Baginya bau itu bau seperti bau tandas yang baru lepas dicuci. Pernah sekali, Badrol termuntah dek tak tahan akan bau ubat-ubatan di situ.



    Di atas meja Doktor Hashwappe, Badrol dapat lihat sebuah laptop hijau berjenama Dell, pokok kaktus kecil dan juga sebuah buku catitan berkulit hijau. Bilik doktor itu juga dicat dengan warna hijau terang. Akuarium di tepi dinding bilik doktor itu turut berwarna hijau.



    "Doktor ni penyokong PAS ke apa? Semua warna hijau. Entah-entah kereta Merc hijau kat luar tu pun dia punya," kata Badrol.



    "No and yes. No, saya bukan penyokong PAS, dan yes, kereta kat luar tu saya punya. Selamat pagi, saya Doktor Hashwappe. How can I help you Encik...........?" kata Hashweppe sambil menyelak buku catitannya.



    Eh? Bila masa pulak doktor ni masuk? "Badrol. Saya Badrol. Sebenarnya dah dekat seminggu dah saya..."



    "Yes, Encik Badrol, you said you sakit kepala?" kata Hashwappe sambil menyelak buku catitannya. Sambil matanya masih lagi tertumpu ke buku catitannya itu, dia duduk dengan perlahan-lahan, sangat perlahan sehinggakan bunyi kerusi itu seperti bunyi keropok yang sedang dikunyah.
   


    Eh? Aku tak sempat habis cakap lagi dia dah potong? "Ya doktor, dah dekat seminggu dah ni."


    Buku catitannya diletakkan dengan perlahan ke atas meja. "Give me your hand, I want to check your blood pressure.


    Do you smoke, Encik Badrol?"


    "Tak, lagipun saya ahli sukan profesionnal."


    "Oh really? No wonder your face looks so familiar. I think I saw your face on one of the newspapers this morning.


    Now, open your mouth and say ahhhh."


    Sepuluh minit Badrol diperiksa. Banyak yang dibualkan mereka. Menurut Hashwappe, dia bukannya dari Pakistan walaupun mukanya iras-iras orang Pakistan. Sewaktu namanya ingin didaftar dulu, terdapat salah faham. Dengan nada bergurau, dia berkata, "I'm the only Hashwappe in this country, and in the world!"


    "Well, Encik Badrol, you are totally fine, I can assure you that. No migraine. However, saya akan berikan encik ubat sakit kepala sekiranya sakit itu datang lagi. Dan jika ubat itu tidak berkesan, saya sarankan encik pergi ke hospital."


    "Terima kasih doktor."




xxx





    Latihan bolasepak sudah berakhir memandangkan musim Liga Super sudah tamat. Betapa leganya hati Badrol kerana berjaya menghadiakan Piala Liga Super buat penduduk Perlis. Itu sahajalah yang mampu Badrol lakukan untuk membalas sokongan tak henti-henti warga Perlis. Sebelum perlawanan menentang Selangor semalam, Perlis terikat mata dengan Selangor di tangga pertama liga. Dan dengan kemenangan semalam, juara milik Perlis. Namun, misi besar masih menanti, Malaysia di Piala Dunia, Badrol bercadang mahu berjoging petang nanti.



    Nama Doktor Hashwappe masih terngiang-ngiang di kepala Badrol. Doktor itu nampak muda di mata Badrol, awal 20-an. Jika difikirkan kembali, wajah doktor itu tampak macam pernah dilihat Badrol, cuma Badrol tidak dapat meletakkan wajah doktor itu di dalam kotak memorinya. Ahh, mungkin pelanduk dua serupa. Tapi Badrol pasti, nama Hashwappe mungkin satu sahaja di Malaysia.


   
    Badrol membelok masuk ke perkarangan rumahnya.





bersambung..

No comments:

Post a Comment