xxx
"Julia, aunty sihat. Aunty memang nak datang semalam Julia, tapi Aunty sibuk. Ada pelanggan dari Pahang datang, nak buat tempahan untuk tamannya. Selalunya aunty tinggal kedai dengan pekerja aunty, tapi pelanggan tu berkeras jugak nak berjumpa dengan aunty" tangisan Rozie sudah lama berhenti.
"Oh patutlah."
"Ermm..Asyraff mana? Dia tak datang ke hari ni?"
"Eh dia datang, aunty tunggu sini, saya pergi cari Asy..r.."
Tiba-tiba lampu hospital terpadam. Pendingin hawa bilik Badrol juga terhenti. Bunyi musik yang dipasang di segenap ruangan hospital juga hilang. Hospital menjadi suram, dan panas.
Suasana sunyi buat seketika.
Sesaat kemudian, hospital itu bertukar menjadi medan perang. Jururawat-jururawat berlari mendapatkan pesakit mereka. Doktor-doktor menjerit memberi arahan. Mereka tahu, ketiadaan elektrik di hospital, tambah-tambah lagi ICU boleh menyebabkan maut kepada pesakit-pesakit.
Rozie turut panik. Tanpa alat bantuan pernafasan, Badrol tidak mampu bernafas. "Julia, Julia, kenapa ni Julia?" kata Rozie yang mulai panik.
"Aunty tunggu sini."
Julia bergegas keluar dari bilik Badrol. Dia tahu apa yang harus dilakukannya, dan dilakukan dengan cepat. Julia berlari menuju ke koridor hospital. Dia terpaksa bergasak dengan sekumpulan jururawat lain yang turut bergegas. Masuk ke dalam stor perubatan. Juga sesak dengan jururawat lain yang sibuk mencari sesuatu. Tiada! Apa yang dicari Julia tiada di stor itu. Dia kembali ke koridor, bergasak dengan belasan jururawat.
Tingkat bawah! Ya, stor di situ pasti ada! Dia berlari menuju tangga kecemasan hospital. Hampir-hampir Julia terjatuh akibat mengelak dari melanggar seorang doktor yang sibuk bercakap melalui telefon bimbitnya.
Wajah Badrol mula bertukar kebiruan. "Aunty! Mana Julia??!!" kata Asyraff yang baru tiba. Rozie senyap. Kaku, kaget melihat keadaan wajah Badrol.
Stor tingkat bawah juga sesak dengan jururawat lain. Mata Julia liar mencari. Yes! Ada! Setelah apa yang dicari berada di dalam genggamannya, Julia berlari semula menuju ke tingkat atas, ke bilik Badrol, dengan harapan yang dia masih berlum terlambat.
Sebaik tiba, dia lihat Asyraff bertungkus-lumus mencabut alat bantuan pernafasan dari mulut Badrol. Sementara Rozie masih lagi panik, menjerit-jerit agar anaknya diselamatkan. Wajah Badrol yang sudah biru mula bertukar ungu.
"Huh..huh..Doktor..huh..huh..NAH!" sambil tercungap-cungap Julia mencampakkan pam perafasan ke arah Asyraff.
Sepantas kilat, Asyraf menekup pam itu dan mengepam ke dalam mulut Badrol. Memaksa oksigen masuk ke paru-paru Badrol. Badrol tersedak.
"Julia! Take Aunty Rozie outside!"
"Mari aunty, kita ke luar, biar Asyraff uruskan." Julia yang masih kepenatan menarik tangan Rozie.
"AKU TAKNAK KELUAR!!! AKU NAK ANAK AKU!!!! BADROL!!!!! BANGUN NAK, MAK RINDU!!!" jerit Rozie yang jelas histeria melihatkan wajah anaknya yang sebiru nila itu. Dia cuba menarik tangan Badrol, hampir-hampir jatuh Badrol dari katilnya.
"Aunty, LET HIM DO HIS JOB!!" sergah Julia.
Rozie merasakan dunia sekelilingnya hitam. Dia jatuh ke lantai.
xxx
Telefon bimbit Badrol berbunyi. Pesanan ringkas masuk.
Telefon bimbitnya dibaca. Nombor penghantar pesanan ringkas itu tidak tertera, kosong. Sebaik dibuka, mesejnya pendek 'mak ewios'.
Ish, ewios?? Ewios lagi. Sapa pulak mak ewios?? Ini mesti diorang punya kerja, bosan la tu sesi latihan bolasepak dah tamat. Malas aku nak layan.
Mesej itu dipadam.
Mata Badrol sudah berat. Mak Tijah sudah lama masuk tidur. Rumah Badrol kemas, hasil kerja Mak Tijah. Badrol merasakan dirinya sangat bertuah kerana di'jodoh'kan dengan Mak Tijah. Tanpa orang tua itu, dia yakin, dia pasti tidak sesenang ini.
"Mak Tijah? Kenapa mak tinggalkan saya? Dia dah tak sayangkan saya ke Mak Tijah?"
"Bukan macam tu Baddd, Mak Tijah yakin, mak kamu mesti ada sebab sendiri."
"Sebab apa mak Tijah??! Sebab dia dah tak sayangkan saya??! Macam tu?!"
"Bad! Tak baik kamu cakap macam tu! Mak kamu sayangkan kamu Bad. Dia besarkan kamu dengan sempurna. Dia sayang kamu Bad."
"Ahhh, kalau betul-betul dia sayangkan saya, kenapa tinggalkan saya?!"
"Tak baik kamu cakap macam tu Bad."
"Biarlah Mak Tijah. Saya benci mak! Memang patut pun saya lupa semua pasal mak. Memang patut pun saya lupa wajah mak saya!!"
"Bad!!!! Kamu kena ingat, walau macammanapun, dia tetap mak kamu. Dia yang lahirkan kamu. Buat masa sekarang, kamu tumpukan perhatian kamu. Esok kamu kena sampai awal. Tunjuk semangat kamu kepada jurulatih tu esok. Mak Tijah yakin, kamu pasti dipilih esok. Siapa tahu, satu hari kamu terpilih mewakili Perlis. Ha, entah-entah Malaysia pun kamu wakili nanti."
"Wakil Malaysia Mak Tijah? Ingat senang ke? Esok pun belum tentu saya dipilih."
Tetapi sekarang, Badrol sudah menerima hakikat, emaknya, Rozie, melarikan diri kerana sudah tidak sayangkan dirinya. Dan dia tidak kisah, Rozie adalah orang yang paling dibenci Badrol. Kini, dia sudah berjaya, mewakili skuad bolasepak Perlis dan juga toggak utama skuad bolasepak negara.
Badrol masuk tidur.
xxx
Bilik
Sekali lagi Badrol sedar di dalam bilik itu. Serba putih. Langsir putih, dinding putih, pintu putih, siling putih. Badrol merasa kenal amat dengan bilik ini.
Sepeti mimpi-mimpi sebelum, empat orang berpakaian serba putih mengelilingi Badrol. Tetapi kali ini lain sedikit. Di penjuru bilik, terdapat seorang wanita. Mukanya manis, senyumannya manis, mulutnya terkumat-kamit. Berpakaian hijau. Matanya tepat memandang Badrol.
Wanita itu! Wanita tempoh hari yang dilihat di laman rumahnya. Suasana bilik itu tenang, aman, sunyi, cuma yang kedengaran, suara bisikan wanita berbaju hijau itu, bunyinya tidak dapat difahami telinga Badrol. Tetapi Badrol pasti, ungkapan itu ungkapan yang didengarinya tempoh hari, cuma diulangi berkali-kali, 'tetar yahnak naklinwu'
Tiba-tiba, bilik yang cerah itu bertukar gelap. Suara bisikan itu juga lesap, bersama wanita berbaju hijau dan empat orang berpakaian putih tadi. Muncul di hadapannya, seorang pemuda, awal 20-an, berpakaian serba putih. Walaupun keadaan gelap, tag namanya begitu jelas. Tertera "Hashwappe".
Pemuda itu senyum ke arahnya. Sungguh manis senyumannya, dihiasi dengan rambutnya yang panjang. Dia kemudian mencapai wajahnya sendiri, menarik keluar kulit-kulit wajahnya. Wajahnya kini bengis, merah, penuh dengan darah. Badrol kaget, dia tidak mampu bergerak, badannya terasa begitu berat, bagai dipaku ke tilam.
Sekelip mata, pemuda itu hilang dari pandangan Badrol. Badrol mula terasa panas, badannya berpeluh. Terasa bagai dibakar. Udara juga Badrol rasakan semakin berkurangan. Nafasnya sesak.
Semakin sukar untuk Badrol bernafas. Tarikan nafas terasa begitu berat bagi Badrol. Pandangannya kian kabur. Di sekelilingnya, bilik itu bertukar kembali cerah. Wanita berbaju hijau itu muncul kembali. Begitu juga dengan empat orang yang berpakaian serba putih tadi. Cuma kali ini, tiada lagi senyuman di raut wajah wanita berbaju hijau, wanita itu kelihatan risau. Namun mulutnya masih terkumat-kamit "setar yahnak nakrinwu".
Badrol berasa takut. Kini, udara terasa kosong. Badrol tidak lagi mampu bernafas. Pandangannya kian lama kian kabur. Cuma yang jelas kelihatan, wanita berbaju hijau itu. Sekali lagi dia yakin, itu wanita tempoh hari. Pandangan Badrol gelap. Gelita.
Badrol tersedak, tercungap-cungap, cadar katilnya lencun dengan peluh. Badrol meluru ke tandas, dia muntah, kepalanya terasa bagai ditindih batu, berat. Dilihat wajahnya di cermin, wajah Badrol pucat-lesi. Dia beristighfar berkali-kali, Badrol masih lagi berpeluh. Ditarik nafasnya berkali-kali.
Badrol duduk di hujung katilnya. Masih lagi cuba mencerna mimpi tadi. Entah mengapa Badrol yakin itu bukan mainan tidur semata-mata. Masuk ini sudak lima kali Badrol bermimpi sedar di bilik serba putih itu. Cuma sedikit kelainan, kehadiran 'Hashwappe' dan wanita berbaju hijau itu. Hashwappe! Doktor yang ditemui tempoh hari! Seram Badrol mengingatkan wajah doktor itu yang dipenuhi darah. Mengapa dia pula yang hadir?
Wanita berbaju hijau itu. Mengapa dia muncul lagi? Perasaan yang sama muncul apabila dia teringatkan senyuman wanita itu. Perasaan yang sangat bahagia. Apa yang cuba diberitahu wanita itu? 'setar yahnak nakrinwu'? Kepalanya masih lagi sakit. Tidak mampu Badrol berfikir lagi.
Badrol ke dapur, mengambil keputusan mengambil ubat yang diberikan Doktor Hashwappe tempoh hari.
Badrol masuk tidur semula, sementara mimpi itu masih lagi terbayang di kepalanya.
bersambung..
No comments:
Post a Comment