18.9.10

Menunggu detik (Episod 6)

Kahwin




    Walaupun sudah berumur 27 tahun, Badrol masih lagi bujang. Bukannya tidak laku, malah sudah ada yang betul-betul mahu membina masjid dengannya. Namun, jawapan Badrol tetap sama, 'Belum sampai seru'. Sehinggakan ada temannya yang berseloroh dengan Badrol.

    "Kau ni bila nak kahwin Bad?"


    "Alah, nanti-nanti aku kahwin la."


    "Nadia tu dulu, dia betul-betul nakkan kat kau, cantik pulak tu."


    "Hey Zam, rupa paras bukan segalanya Zam. Lagipun belum sampai seru daaaaa.."


    "Entah-entah kau ni....."


    "Aku apa?"


    "Kau ni gay takkk??? Baik kau mengaku Bad. Patutla aku tengok kau rapat semacam je dengan coach!"


    "Hoi!! Kau gila ke?"


    "Yela, kau ni awek pun takdak. Kau cakap betul-betul Bad. Aku tak kisah kalau kawan aku gay, cuma kau kena ingat something, aku dah kahwin Bad."


    "Eh, kau ni, aku bukan gaylah, rasanya golongan gay di luar sana pun tak hingin dengan kau."


    "Hahahaha, gurau je lah Bad. Tapi kalau tetiba kau jadi rasa nak jadi gay, kau bagitau aku OK, jujur dengan kawan-kawan Bad."


    "Hotak lu!"



    Tergelak Bad mengingatkan perbualannya dengan Zam. Motto hidup Badrol, 'Senangkan kedua ibu bapa dahulu, baru kahwin'. Memandangkan bapanya sudah meninggal dunia dan emaknya pula hilang entah ke mana, dia bertekad mahu membahagiakan Mak Tijah. Dia sudah banyak terhutang budi dengan Mak Tijah. Sewaktu dia ingin berpindah ke rumah baru, dia bertegas mahu Mak Tijah ikut bersama. Kalau ikutkan hati Mak Tijah, dia mahu pulang tinggal di kampung. Alasannya, Badrol sudah besar, tak perlu jagaan Mak Tijah.



    Setelah dipujuk Badrol, Mak Tijah ikut jugak. Ternyata dia masih perlu jagaan orang tua itu. Rumah yang sebesar itu kalau didiami Badrol seorang memang porak-poranda, tongkang pecah. Memasak? Itu bagi Badrol bukan kerja orang lelaki, apatah lagi membasuh baju. Tidak terlintas langsung di hati Badrol untuk menganggap Mak Tijah sebagai orang gaji, jauh sekali sebagai hamba abdi, malah Mak Tijahlah satu-satunya permaisuri di hati Badrol, jauh lebih baik dari Rozie, ibu kandungnya yang dibenci.





xxx





    Asyraff keluar dari bilik mesyuarat dengan muka yang merah. Berang. Dia masuk ke pejabatnya, stateskop yang tergantung di leher dilempar ke dinding.



    Asyraff membuka laci mejanya dan mengambil gambar Rozie, ditatap penuh dengan kasih sayang. Asyraff menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Rumah Anak Yatim Mak Teh. Dulu, baginya, 'ibu' adalah orang yang memasak untuk anak-anaknya, 'ibu' adalah orang yang membasuh pakaian anak-anaknya, 'ibu' adalah orang yang membersihkan tempat tidur anak-anaknya.



    Namun segalanya berubah sepuluh tahun yang lalu. Rozie. Rozie mengajarnya erti sebenar seorang 'ibu'. Dan buat pertama kalinya Asyraff belajar erti kasih sayang.



    "Ok Aysraff, what shall you do next?"


    "Well, check the blood pressure."


    "Good, and next?"


    "Cut open its chest."


    "You got that right, just one thing..it's a HE, not an IT, eventhough it's just a dummy. You're not operating a CAT!"


    "Well what's the difference? This HE have a chance of being dead at the end of this surgery, and dead people is an IT."


    "Badrol, listen to me, you have to respect your patient."


    "Yeah, whatever prof. Hey, I'm done operating this HE, as you call it."



    Walaupun bergelar yatim piatu, Asyraff berjaya melanjutkan pengajiannya ke Ireland. Dan kini, dia seorang doktor di Hospital Tuanku Fauziah. Dia boleh dikategorikan berjaya, kereta mewah, rumah besar, gaji yang mampu menanggung lima keluarga. Namun dia sedar, dia kekurangan sesuatu, kasih sayang seorang ibu.

   
    Jam di tangannya berbunyi, menandakan pukul tiga petang. "Damn, I'm late!"



    Asyraff meletakkan kembali gambar Rozie ke dalam laci dan mencapai sesuatu dari lacinya. Laci dikunci. Asyraff melangkah keluar pejabat, menuju ke bilik Badrol.



bersambung..

3 comments: