xxx
"Aunty..wake up aunty.."
"Ah-hah...."
"Aunty..wake up aunty.."
"Ah-hah, Julia..?"
"Ya aunty, ini Julia"
"Ya Tuhan, apa yang terjadi Julia? Aunty kat mana ni?"
"Aunty pengsan tadi. Aunty kat hospital ni, ingat tak?"
"Hospital? Hah! Bad mana Julia??? Bad mana??"
"Bad dekat biliknya Aunty. Aunty jangan risau, Asyraff dah uruskan semua. Bad sudah OK."
"Aunty nak pergi tengok Bad Julia."
Rozie bangun dari katil, sambil dipapah oleh Julia. Mereka keluar dari bilik pesakit yang kosong itu, dan menuju ke bilik Badrol.
xxx
"Aunty, aunty dah bangun ye. Aunty OK?"
"Aunty OK Asyraff, Bad macam mana?"
"Aunty jangan risau. Saya dah pasangkan balik alat pembantu pernafasan Bad, dan sekarang dia bernafas seperti biasa. Aunty jangan risau, OK?"
"Baiklah Asyraff. Nasib baiklah ada kamu berdua tadi. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan Badrol."
"Memang dah jadi kerja kami berdua aunty."
Wajah Badrol sudah tidak biru lagi, namun pucat-lesi. Badannya nampak bersinar, berpeluh. Penghawa dingin yang gagal berfungsi tadi menyebabkan satu hospital itu panas. Sebaik bekalan elektrik dihidupkan semula, semua berfungsi seperti biasa.
Rozie mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Sebaik 'dia' keseorangan di dalam bilik Badrol, 'dia' mencapai sesuatu di balik meja. Lantas butang 'STOP' dipicit. 'Dia' senyum. Malam ini, bolehlah suara Rozie menemani'nya' lagi..
xxx
Pelik. Kenapa 'dia' berbohong? Kedai makan tu kan tutup hari ni. Jadi ke mana 'dia' pergi tadi? Perangainya juga pelik. Dan 'dia' nampak begitu tergopoh-gapah sewaktu aku nampak 'dia' turun dari hospital tadi. Apa yang disembunyikannya di dalam poket baju'nya' tadi? Ah, apa aku peduli, itu hal 'dia', malas aku nak tanya.
Dia mematikan enjin kereta dan masuk ke dalam rumahnya.
xxx
"Macam mana kamu buat kerja?? Macam mana boleh tiba-tiba takdak elektrik?? Kamu tahu tak berapa ramai yang akan maut tadi kalau kamu lambat sesaat pun?? Kamu tahu??"
"Minta maaf tuan. Tetapi tadi kami semua pergi makan tengahari tuan."
"Yeeeelaaaaahhhh!!! Makan, makan jugak!! Tak boleh ke kamu tinggalkan seorang untuk menjaga tempat ni?!"
"Maaf tuan, saya janji lepas ni, perkara tadi takkan berlaku lagi."
"Kamu jangan janji sahaja. Pastikan tidak berlaku lagi! Jika tidak kamu dengan staf-staf kamu saya pecat!! Paham?!!!"
"Baik tuan."
"Sudah, pergi sambung kerja!"
"Baik tuan."
Pak Suki melangkah keluar dari pejabat pengarah hospital itu. Dia tahu, dia layak ditengking dan dimarah sebegitu. Dan dia sedar, besar tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan kesemua pesakit dan pekerja di hospital ini. Walaupun usianya sudah menjangkau 75 tahun, dia masih gagah. Badannya tidaklah sebesar mana, namun masih berotot. Kedutan di wajahnya jelas menunjukkan segala pengalaman hidup Pak Suki. Malah parut yang terukir panjang di lengannya menggambarkan kesasaan serta kebengisan Pak Suki.
Ditengking begitu, Pak Suki sudah biasa. Bahkan dia pernah ditengking lebih teruk dari itu. Tengkingan bertalu-talu mengajar Pak Suki erti hormat. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang perajurit ditengking dan dimarahi. Malah, penampar juga sering singgah di pipinya dahulu. Askar yang hebat, perlu keras hatinya, kata rakannya dahulu, sama-sama pernah berjuang mempertahankan negara.
Itu dulu, kini dia berkhidmat sebagai Ketua Pengawal di Hospital Tuanku Fauziah. Sudah lebih lima belas tahun dia berkerja di sini. Manjamin keselamatan warga hospital ini. Banyak yang sudah dilaluinya, banyak yang sudah dialami. Sebut sahaja, kes mencuri di hospital? Kes bunuh di hospital? Kes pesakit cuba lari dari hospital? Semua pernah dilaluinya.
Namun, peristiwa petang tadi yang pertama terjadi di hospital ini. Semenjak penubuhan hospital ini, belum pernah terjadi kejadian gangguan bekalan elektrik. Sudah menjadi tugas dia dan anak-anak buahnya menjaga segenap hospital itu, termasuklah bilik elektrik, nadi kepada hospital ini.
Dia bingung dan keliru, bagaimana perkara itu boleh berlaku? Bagaimana fius itu boleh meletup sedangkan pemeriksaan bilik elektrik oleh pihak TNB baru sahaja dilakukan minggu lalu? Tak mungkin kerana kesilapan pihak TNB. Pintu bilik elektrik juga seolah-olah dipecah masuk. Rakaman CCTV pula gelap sejurus sebelum gangguan itu berlaku.
"Sudin, kamu panggil semua kawan-kawan kamu, Pak Suki baru sahaja lepas bercakap dengan tuan pengarah. Pak Suki ada sesuatu nak bincang dengan kamu semua." kata Pak Suki kepada salah seorang anak buahnya sambil membetulkan topinya.
xxx
Tak guna. Macam mana boleh gagal rancangan aku?? Takpe, tomorrow you'll die. I'll get what I always wanted.
Butang 'PLAY' alat perakam suara itu ditekan. Suara seorang wanita kesedihan kedengaran.
Dia senyum. Puas dapat mendengar suara lembut wanita itu. Rambutnya yang panjang dibiarkan jatuh ke bahu.
bersambung..
lagi?
ReplyDeletekejapppp, malam ni up
ReplyDelete