"Coach, dalam hidup saya ni tak wujud perkataan 'rehat', saya rasa coach pun tahu."
"Sebab saya tahu la saya sarankan kamu berehat, perlawanan kelayakan Piala Dunia tinggal lagi dua minggu saja, kamu perlu berehat. Take my advice, it's for your own good."
"Baik coach, saya cuba."
"Now, go enjoy yourself. And, err..don't drink and drive ok?"
"Hahahaha, buat lawak pulak coach, saya tak pernah sentuh pun air setan tu. Coach tu, don't sing and drive! Nanti hujan coach!"
"Eh, macam tau-tau pulak saya nak pergi karaoke malam ni, orang rumah ajaaaak, nak celebrate katanya."
x x x
Badrol yakin, esok namanya akan keluar akhbar lagi. Yang pasti, dia tidak boleh berpuas hati dengan kemenangan Piala Liga Super ini sahaja. Misi utamanya, perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Jepun dua minggu lagi di Bukit Jalil. It's a must win game, bak kata jurulatih Malaysia tempoh hari. Dia mahu menang! Bukan, dia mesti menang!
"Bad, jom, pergi minum teh tarik."
"Alah, malaslah aku, aku penat ni, nak balik tidur.
"Aiseh, bukannya memenatkan pun minum teh tarik, lepak-lepak, jomlah celebrate."
"Korang pergilah, aku nak balik tidur."
"Kan aku dah cakap tadi, dia taknak ikut, buat habis air liur kau je ajak dia, haha."
"Ha, oklah kalau kau taknak ikut, kirim salam kat Mak Tijah okeh."
"Orait."
Bukannya Badrol tak mahu ikut, tetapi malam ni dia rasa sangat penat. Tambahan pula, sakit kepalanya makin menjadi. Berat. Esok dia nekad ke klinik, berjumpa doktor.
x x x
"Nah airnya Bad. Sakit lagi ke kepala kamu tu?"
"Sakit lagi Mak Tijah, tapi lepas mandi tadi, rasa ringan sikit."
"Hmm, tu la kamu, Mak Tijah dah pesan, jangan tidur lewat. Kamu tu ahli sukan, kena tidur awal. Kalau Mak Tijah cakap, kamu kata Mak Tijah berleter."
"Baiklah Mak Tijah. Saya janji lepas ni saya tak....EH MAK TIJAH! EH MAK TIJAH!"
"EH! SAYA LEPAS NI JANJI! AKU MAK TIJAH! KAU SAPA!? EH KAU SAPA! PERGI TIDUR! GUDNET! EH GUDNET!!"
"Hahahaha, Mak Tijah kalau melatah memang kelakar, hahahahahaha, siap cakap orang putih lagi, hahahaha."
"Haaihhhh, kamu ni Badddddddd..Sudahlah, Mak Tijah nak masuk tidur. Itu nasi Mak Tijah dah masak kat dapur."
"Okeyyyy Mak Tijahhhh, gudnet."
bersambung..
gudnet.. hehe..
ReplyDeleteepisod tiga mari yer..
@ putri : kaming sun
ReplyDelete